Gobind dilantik sebagai menteri? - Utusan Malaysia

Gobind dilantik sebagai menteri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Desas-desus Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bakal dilantik sebagai menteri Kabinet akan terjawab selewat-lewatnya minggu depan.

Spekulasi itu sudah mula bertiup kencang sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada nama beliau tersenarai sebagai menteri atau timbalan menteri dalam pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Setakat ini saya tidak tahu sama ada nama saya ada atau tidak. Tunggulah Perdana Menteri buat pengumuman, saya ikut apa sahaja keputusan yang dibuat.

“Walau apa jua keadaan, sebagai ahli Parlimen, kita akan fokus dan tunaikan janji-janji kita kepada rakyat ,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Kesyukuran Kenduri Rakyat di Tasik Seri Serdang di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×