Giliran ADUN Pakatan Harapan menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Giliran ADUN Pakatan Harapan menghadap Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Mei – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan Perak mula memasuki perkarangan Istana Kinta tengah hari ini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini.

Antara yang masuk menghadap ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri.

Terdahulu, Sultan Nazrin menerima menghadap tiga wakil rakyat Pas
Pas iaitu Mohd. Akmal Kamarudin Selama, Khalil Yahaya (Kubu Gajah) dan dan Razman Zakaria (Gunong Semanggol).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut menghadap Sultan Perak, turut dilihat sudah meninggalkan Istana Kinta.

Semalam Sultan Perak menitahkan Pakatan Harapan membuktikan kedua-dua parti sudah mempunyai majoriti mudah  30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pembentukan kerajaan negeri Perak masih tergantung setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah iaitu Pakatan Harapan 29, BN 27 dan Pas tiga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×