MENTERI Pendidikan, Dr. Maszlee Malik diharap dapat mengubah sistem pembelajaran di negara ini daripada berkonsepkan semata-mata bercorakkan akademik yang hanya pentingkan kemajuan pelajar untuk silibus pengajian tanpa melihat akan kepentingan kerohanian jiwa dengan roh kesopanan, kesusilaan dan berbudi pekerti. Kalangan pelajar masa kini dibebani pelbagai mata pelajaran yang kadangkala melebihi 10 mata pelajaran dan ini sudah pasti membuat seseorang pelajar itu tertekan hanya kerana mahu mencapai cita-cita mendapatkan gred A+…










