KUALA LUMPUR 9 Mei – Penyebaran maklumat palsu kononnya akan berlaku huru-hara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan malam ini merupakan serangan fitnah yang bermotifkan provokasi bagi menjejaskan ketenteraman negara. Perbuatan yang ditularkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp itu juga didakwa sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, rakyat negara ini cukup matang untuk menilai sesuatu perkara, sama ada ia tepat atau palsu. “Ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya