KUALA LUMPUR 31 Mei – Setiap restoran perlu dipastikan mempunyai tempat mencuci peralatan yang sempurna sebelum premis berkenaan dibenarkan beroperasi. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, kejadian para pekerja sebuah restoran membasuh pinggan menggunakan air kotor tidak sepatutnya berlaku. Justeru, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat berhubung dakwaan beberapa premis restoran lain khususnya di Lembah Pantai turut tidak mempunyai…