MATA Thomas Stasch tertancap tepat pada monitor komputer di hadapannya. Dia menggerakkan tetikus berwarna hitam ke kiri dan kanan bagi menentukan pergerakan kursor pada paparan komputer itu. Menggunakan peranti input bersaiz kecil itu sebagai senjata, Stasch berjaya menggodam masuk ke sistem perumahan seorang penduduk selepas pengguna itu tidak meletakkan sebarang kata kunci keselamatan. Hanya dengan sekali klik pada tetikus itu, dia mampu melakukan apa sahaja termasuk menyebabkan pemilik rumah duduk…










