Empat pengemis warga Thailand ditahan - Utusan Malaysia

Empat pengemis warga Thailand ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Seramai empat warga Thailand ditahan dalam operasi Menyelamat Pengemis dan Orang Papa yang diadakan di sekitar bazar Ramadan di Kulim di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim (JKM), Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, operasi yang bermula pada pukul 5.30 petang hingga lewat malam itu turut menahan seorang lelaki kurang upaya warga tempatan yang mengemis.

“Keempat-empat lelaki berumur antara 18 dan lewat 20-an yang ditahan sebelum dilepaskan dengan amaran itu langsung tidak boleh berbahasa Melayu dan disyaki mengutip derma secara haram atas nama sebuah pusat tahfiz di Narathiwat, Thailand.

“Kita turut merampas wang tunai RM577.60 hasil mengemis mereka dan wang tersebut diserahkan kepada pejabat agama untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi itu yang dilakukan serentak dengan Kempen Bijak Membantu, Elak Ditipu Daerah Kulim dijalankan di Bazar Ramadan Kilang Lama, Bazar Ramadan Taman Selasih, Pasar Raya Besar Tesco dan beberapa kawasan bank yang menjadi tumpuan termasuk Maybank Kulim, CIMB Kulim dan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kulim. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN