Empat lelaki guna bom ikan ditahan APMM Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

Empat lelaki guna bom ikan ditahan APMM Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Empat lelaki warganegara asing ditahan kerana dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom ikan di perairan Pulau Mengalum di sini semalam.

Kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan ketika berada di atas sebuah bot bersama muatan ikan seberat 50 kilogram (kg) di perairan terbabit.

Pengarah Maritim Zon Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, keempat-empat kru bot itu ditahan kira-kira pukul 5 petang kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan lesen bot yang sah.

“Ketika melakukan rondaan OP Api di sekitar Pulau Gaya, pasukan APMM mengesan sebuah bot memasuki perairan Pulau Mengalum dalam keadaan mencurigakan.

“Justeru, pihak kami segera bertindak memintas bot terbabit dan hasil pemeriksaan dijalankan kami menemui muatan ikan yang disyaki ditangkap secara haram menggunakan bom ikan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN