KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah menyeru umat Islam menjadikan elemen seperti keadilan, toleransi, diplomasi dan persefahaman yang diajar al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi perbezaan kaum dan agama. Baginda bertitah ini kerana al-Quran telah membawa bersama-sama prinsip asas dalam mengatur kehidupan manusia selari dengan keperluan fitrah manusia itu sendiri. “Dalam konteks negara kita Malaysia, ideologi negara merupakan suatu bentuk identiti dan nilai bersama yang perlu dipegang…










