KUALA TERENGGANU – Tindakan melampau dua tekong bot nelayan Vietnam cuba merasuah pegawai Maritim Malaysia (APMM) gagal untuk mengaburi mata pasukan penguat kuasa tersebut daripada menahan mereka di perairan Kuala Terengganu dekat sini pada kelmarin. Setiap tekong masing-masing berusia 51 dan 49 tahun tersebut disyaki cuba menyogok pegawai APMM terlibat sebanyak RM1,000 bagi melepaskan diri daripada tindakan undang-undang akibat menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan secara haram. Pengarah Maritim Terengganu,…










