Dua rekahan baharu Kilauea hambur lahar - Utusan Malaysia

Dua rekahan baharu Kilauea hambur lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAHOA, Hawaii – Dua rekahan baharu terbentuk pada gunung berapi Kilauea di Hawaii yang menghamburkan batu dan lahar kelmarin sekali gus mengancam kediaman berdekatan dan memaksa pihak berkuasa mengarahkan perpindahan baru.

Satu rekahan baharu yang terbentuk pagi kelmarin mengeluarkan lahar dan asap serta dan merupakan lubang ke-17 yang terbuka di atas gunung berapi itu sejak Kilauea mula meletus pada 3 Mei lalu. Sebanyak 37 bangunan musnah dan hampir 2,000 orang diarahkan untuk berpindah sejak 10 hari lalu.

Pemandangan dari helikopter menunjukkan rekahan baharu itu sepanjang sekitar 300 meter dan merupakan antara rekahan terbesar di Kilauea, gunung berapi setinggi 1,200 meter dengan tasik lahar di puncaknya.

“Deruman gunung berapi itu sa_ngat kuat seperti bunyi deruman maksimum pesawat 747 diikuti letusan yang menggegarkan bumi dan menghamburkan bom lahar seberat 45 kilogram setinggi 30 meter ke udara,” kata Mark Clawson, 64, yang tinggal tidak jauh dari rekahan terbaharu tersebut.

Kawasan kejiranan Leilani Estates yang lebih dekat dengan Gunung Kilauea menyaksikan kira-kira 1,500 orang telah dipindahka. Bunyi letusan kedengaran, manakala wap naik ke udara daripada rekahan di jalan raya.

Rekahan ke-18 pula terjadi di kawasan berhampiran petang kira-kira pukul 6 petang kelmarin (waktu tempatan). Asap dan lahar keluar dari lubang itu, kata pihak berkuasa. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×