GEORGE TOWN – Dua pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU) ditutup pagi ini apabila paras air banjir di kawasan berkenaan mulai surut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penempatan banjir di Sekolah Agama Labuh Banting dan Dewan Orang Ramai Lubuk Meriam ditutup pada pukul 9 pagi. “Di daerah SPU, hanya tinggal pusat pemindahan Desa Puri yang masih dibuka yang menempatkan lima orang mangsa…











