KUALA LUMPUR 25 Mei – Kos sara hidup tinggi dan kritikan melampau secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, menerusi hasil kajian beliau mengenai pasca PRU-14, BN mengalami kekalahan teruk akibat kemarahan dan kekecewaan rakyat di seluruh negara. “Keputusan PRU-14 dipengaruhi oleh faktor kekecewaan, kemarahan…











