Dua parah kemalangan babitkan lima kenderaan - Utusan Malaysia

Dua parah kemalangan babitkan lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei- Dua parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah Ipoh di Kuala Kubu Bharu dekat sini tengah malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 12.15 tengah malamberlaku di Lembah Beringin menghala ke Tanjung Malim itu membabitkan dua treler, lori tiga tan, bas ekspres dan sebuah kereta Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku apabila treler yang membawa muatan bijih besi hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan.

Menurutnya, ketika kejadian kereta Proton Wira yang dinaiki empat lelaki tidak sempat mengelak dan melanggar treler terbabit.

“Akibat kejadian itu, tiga kenderaan lain dari arah sama cuba mengelak namun bergesel sesama sendiri.

“Seorang lelaki parah dipercayai pemandu lori tiga tan dikeluarkan oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa yang menaiki Proton Wira telah diberi rawatan oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan 13 anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi menyelamat turut dibantu pasukan bomba daripada BBP Tanjung Malim dan tamat pada pukul 2 pagi tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku berpunca daripada jalan licin akibat hujan lebat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN