KUALA LUMPUR 21 Mei – Dua penganggur masing-masing dihukum penjara empat tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak secara berkumpulan seorang pemandu Grab, Mac lalu. Azirul Samsudin, 22, dan Abdul Manap Sabarin, 24, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes disebut semula di hadapan Hakim Zamri Bakar hari ini. Mengikut pertuduhan, dua rakan itu didakwa bersama-sama melakukan perbuatan tersebut terhadap Mohd. Akmal Hakimi Othman, 28, dengan melarikan seunit telefon bimbit jenama Samsung J7 dan wang tunai RM100 di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya