REMBAU – Dua bilik asrama yang menempatkan seramai 85 pelajar lelaki Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Kampung Chengkau dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1.58 pagi semalam. Salah seorang penghuni asrama berkenaan, Ahmad Mirza Khairudin, 17, berkata, dia tersedar daripada tidur apabila terhidu bau asap pada pukul 1.30 pagi. “Saya bangun dan melihat api di bawah katil saya. Saya berlari keluar dan memberitahu dua rakan yang sedang…










