Denis dilantik Ketua JSJ Sarawak yang baharu - Utusan Malaysia

Denis dilantik Ketua JSJ Sarawak yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai dinaikkan pangkat sebagai Ketua JSJ Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan yang disandang Datuk Dev Kumar yang turut dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Dev akan memulakan tugas baharunya itu pada 14 Mei ini selepas bertugas sebagai Ketua JSJ Sarawak pada 1 Julai 2015. 

Dalam ucapannya, Dennis memberitahu, beliau berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan untuk mengetuai JSJ Sarawak.

“Ia satu penghormatan kepada saya untuk menjadi Ketua JSJ di negeri kelahiran saya.

“Tahniah juga kepada Datuk Dev atas kenaikan pangkat dan diharap dapat meneruskan kejayaan di tempat baharu nanti,” katanya di semasa Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua JSJ Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Majlis serah dan terima tugas itu telah disaksikan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×