Mengapa khalayak marah-marah atau melabelkan seseorang selebriti sebagai ‘lalang’ apabila mereka mula ‘berpaling tadah’ bercakap tentang tampuk pimpinan negara? Inikan Malaysia, negara yang mengamalkan demokrasi serta kebebasan hak bersuara. Siapa yang mereka suka, ‘berpaling tadah’ atau tidak terhadap kerajaan mahupun pembangkang, itu adalah hak peribadi. Tidak ada sesiapa yang sepatutnya menyelar atau melemparkan kata-kata kesat kepada selebriti yang juga punya perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang pemimpin atau negara. Sama…










