Dapur gas perlu kelulusan ST, label SIRIM bermula April 2019 - Utusan Malaysia

Dapur gas perlu kelulusan ST, label SIRIM bermula April 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiap dapur gas yang menggunakan gas petroleum cecair (LPG) perlu mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) dan dilekatkan dengan label SIRIM sebelum boleh dipasarkan di negara ini bermula 1 April tahun hadapan.

ST dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, penguatkuasaan tersebut selaras dengan Peraturan 116(1), 117(1) dan 119(1) Peraturan-Peraturan Bekalan Gas (Pindaan) 2017.

“Buat masa ini, dapur gas domestik yang dipasarkan di sini tidak mempunyai sebarang label atau tanda kelulusan daripada ST dan SIRIM seperti kelengkapan elektrik.

“Ini menyukarkan orang awam untuk mengenal pasti sama ada dapur gas terbabit telah mendapatkan kelulusan dan sama ada tahap keselamatannya telah diuji,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, selepas dikuatkuasakan, pihak yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas (Pindaan) 2017.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 dan dalam kesalahan berterusan, denda RM2,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN