BANGKOK 29 Mei – Setelah diburu selama beberapa bulan, lelaki dipercayai dalang pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Johor Baharu, Johor Disember lepas akhirnya ditangkap di Thailand, hari ini. Suspek yang namanya dirahsiakan itu berusia dalam lingkungan 40 tahun dan mempunyai satu tatoo besar di lengan kanan, ditangkap sekumpulan pegawai polis Thailand di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 260 kilometer di timur laut Bangkok kira-kira 7 pagi tadi. “Lelaki…










