Segelintir masyarakat Iban di Sarawak cukup menggemari sajian ular sawa kerana dagingnya didakwa lebih manis selain menguatkan tenaga batin. PAGI itu, Ujang Tinsung, 60, keluar seperti biasa untuk pergi memburu ular di Hutan Sungai Kelawit, Bintulu, Sarawak. Hujan renyai-renyai yang turun tidak sedikit pun mematikan langkahnya memandangkan ia sudah menjadi rutin harian seorang pemburu sepertinya. Sebaik sahaja tiba di hutan itu, Ujang berdiri berhampiran sebatang kayu balak besar yang sudah…