Cuba-cuba atau 
jadi mangsa – Misbun - Utusan Malaysia

Cuba-cuba atau 
jadi mangsa – Misbun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 20 Mei – Tiada istilah eksperimen, Malaysia sebaliknya akan menurunkan pasukan terbaik diketuai Datuk Lee Chong Wei apabila menentang Rusia dalam aksi pembukaan Kumpulan D, Piala Thomas hari ini.

Sedar pasukan yang dibawa kali ini kurang berpengalaman dan terlalu muda, skuad  negara tidak boleh mengambil risiko merehatkan pemain utama jika tidak mahu menjadi mangsa kejutan Rusia.

“Tidak…tidak boleh cuba-cuba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang kami belum menentukan siapa akan diturunkan, tetapi saya rasa kamu semua sudah boleh baca. Tidak boleh rehatkan pemain atau buat eksperimen,” kata Ketua Jurulatih Perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek.

Misbun mengakui, daripada respons yang ditunjukkan rakan-rakan jurulatih dari negara lain yang ditemui di Bangkok, mereka tidak menganggap Malaysia sebagai ancaman dan memandang rendah keupayaan pasukan negara.

Bagaimanapun, beliau mahu pemain negara, terutama pemain muda yang diberi kepercayaan membuktikan bahawa pandangan sinis pasukan lain adalah silap dengan memberikan tentangan terkuat.

“Masa mula tiba di sini, mereka (jurulatih lain) hanya kata good luck dan tidak bercakap banyak. Saya faham itu, mereka pandang rendah kami…pasukan underdog.

“Ya, kita turunkan ramai pemain muda dan mungkin hanya dua tahun kita boleh nampak keupayaan mereka, tetapi mereka ini sudah dipersiapkan dengan sebaiknya dan adalah yang terbaik dalam kalangan pemain yang kita ada,” katanya lagi.

Sementara itu, jaguh beregu dan perseorangan Rusia, Vladimir Ivanov menganggap Malaysia masih pasukan pilihan bersama Denmark untuk melangkah ke suku akhir dari Kumpulan D.

Bagaimanapun, memandangkan pasukan yang dibawa Malaysia kali ini kurang berpengalaman, dia dan rakan-rakan akan cuba melakukan kejutan dan mungkin mencuri beberapa mata daripada.

“Bertemu Malaysia dalam perlawanan pertama adalah sangat sukar buat kami. Mereka mempunyai Lee Chong Wei dan beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang sangat kuat, tetapi Malaysia juga menurunkan ramai pemain muda.

“Kalau boleh mencuri mata, ia mungkin satu daripada acara beregu dan satu perseorangan. Namun secara keseluruhan, Malaysia tetap lawan sukar seperti juga Denmark,”  kata pemain berketinggian 1.94 meter itu yang akan turun sebagai beregu pertama dan perseorangan ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini