Courts sambut baik pemansuhan GST  - Utusan Malaysia

Courts sambut baik pemansuhan GST 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Peneraju jualan barang elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot, Courts (Malaysia) Sdn. Bhd. (Courts) menyambut baik pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula esok.

Pengarah Pemasarannya, Low Bee Yin berkata, pelaksanaan cukai itu memberikan kuasa pembeli kepada pengguna yang turut mendatangkan keuntungan kepada para peniaga.

Menurut Bee Yin, bagi menyokong usaha kerajaan itu, Courts telah melancarkan penurunan harga sebanyak enam peratus bagi setiap item di cawangan itu di seluruh negara sejak 16 Mei lalu.

“GST adalah cukai yang dikenakan terus kepada pengguna. Apabila kerajaan memansuhkannya maka secara tidak langsung kuasa membeli kembali kepada pengguna.

“Para peniaga juga mendapat manfaat dan pemansuhan cukai ini tidak merugikan kami (peniaga),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN