Chow Kon Yoew ganti Guan Eng - Utusan Malaysia

Chow Kon Yoew ganti Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP ne­geri, Chow Kon Yeow diumumkam sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kelima bagi menggantikan penyandangnya, Lim Guan Eng yang kini menjawat jawatan Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet baharu Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP pada satu sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Guan Eng berkata, maj­lis pelantikan dan angkat sumpah Ketua Menteri baharu itu akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menurut beliau, pemilihan Kon Yeow, 60, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu dianggap sebagai sejarah untuk negeri itu.

“Sebagai Pengerusi PH Pulau Pinang, saya tidak menjadi Ketua Menteri lagi pada penggal ini.

“Sudah 10 tahun saya mentadbir negeri dan Chow Kon Yeow akan menggantikan tempat saya.

“Saya percaya, kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tugas dengan baik di negeri ini kerana Pulau Pinang adalah ne­geri paling bersih di Malaysia dan Asia,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×