Chong Wei sudah ada pengganti - Utusan Malaysia

Chong Wei sudah ada pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESTASI cemerlang pemain-pemain muda perseorangan lelaki sepanjang aksi Piala Tho­mas 2018 di Bangkok, Thailand memberikan isyarat positif kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menggantungkan raketnya.

Bekas pemain No. 1 dunia itu mengakui bangga dengan aksi yang dipamerkan Lee Zii Jia serta Leong Jun Hao dalam usaha menyumbang mata buat pasukan biarpun tekanan yang diterima agak tinggi.

Menurut Chong Wei, ke­dua-dua pemain mengingatkan dia kepada dirinya yang bersungguh-sungguh mencuri peluang untuk mewakili negara ketika baru menapak di arena badminton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, Chong Wei berharap prestasi Zii Jia terutama pada aksi menentang Denmark mampu memberi motivasi kepada pemain-pemain muda lain untuk lebih berani me­nyahut cabaran.

“Saya gembira dengan pres­tasi Zii Jia yang bangkit mengejar mata ketika menentang pemain berpengalaman Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus secara straight set.

“Saya harap dia kekal konsisten dan mampu untuk me­lonjakkan ke ranking ke-20 dunia sekali gus meletakkan aras baharu buat pemain-pemain muda kebangsaan yang lain.

“Jika dilihat peringkat antarabangsa, terdapat ramai pemain muda mula diketengahkan dan kita juga sudah perlu ada usaha sedemikian.

“Dengan ini, saya boleh berasa lebih tenang untuk me­ninggalkan arena badminton memandangkan sudah ada bakat-bakat baharu yang boleh meneruskan legasi saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini