China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10 - Utusan Malaysia

China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 27 Mei – Skuad lelaki China menebus kekecewaan pasukan wanita mereka apabila merampas kejuaraan badminton Piala Thomas dengan menundukan Jepun 3-1 dalam final di Impact Arena, hari ini.

Walaupun bermula sumbang selepas juara Olimpik, Chen Long kalah 9-21, 18-21 kepada Kento Momota, namun kemenangan yang diraih dalam tiga acara seterusnya memastikan China membawa pulang kejuara­an buat kali ke-10.

Beregu No. 3 dunia, Liu Cheng-Zhang Nan menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Takuto Inoue-Yuki Kaneko 21-10, 21-18.

Juara All England, Shi Yuqi tidak melakukan kesilapan di saat genting apabila meletakkan pasukannya 2-1 di depan dengan mengalahkan
Kenta Nishimoto 21-12, 21-17.

Beregu No. 4 dunia, Li Junhui-Liu Yuchen memastikan saingan tidak diheret ke perseorangan ketiga apabila mengesahkan kejuaraan milik China dengan menumpaskan pasangan serpihan, Keigo Sonoda-Yuta Watanabe 17-21, 21-19, 22-20.

Piala Thomas akhirnya kembali ke China selepas mereka gagal dalam dua penampilan terakhir pada 2014 dan 2016.

Kemenangan ini juga mene­bus kekalahan mengejut 2-3 pasukan Piala Uber mereka kepada Thailand di separuh akhir.

“Kami sudah melakukan persiapan untuk menentang beregu sebenar Jepun, Kami kena tonton video untuk melihat permainan mereka,” kata Li Cheng.

“Kami sudah menjangkakan satu pertarungan sengit,” kata Zhang Nan pula.Kali terakhir China muncul juara pada 2012 di Wuhan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN