Buruh mengaku curi pakaian di pusat beli-belah - Utusan Malaysia

Buruh mengaku curi pakaian di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian milik sebuah butik di pusat beli-belah Sunway Velocity, dua bulan lalu.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menetapkan 27 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukum ke atas Muhammad Fakhrul Hashim, 20, selepas mahkamah menerima laporan sosial remaja itu kerana tertuduh merupakan pesalah muda.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mencuri enam pasang stoking dan tiga helai kemeja bernilai keseluruhan RM227.50 milik butik LOL, Sunway Velocity, Cheras di sini kira-kira pukul 9.55 malam, 5 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN