SELASA lalu, tanggal 15 Mei 2018 rakyat Palestin sekali lagi menambah catatan duka apabila mereka bukan sahaja menyambut Hari Nakba ke-70 tetapi juga sekurang-kurangnya 62 maut dan 1,350 cedera ditembak tentera Israel. Hari Nakba atau Hari Malapetaka dijadikan sebagai hari yang akan diingati setiap tahun oleh penduduk Palestin iaitu kemuncak pengusiran kira-kira 750,000 orang daripada rumah dan tanah air mereka. Sebelum Hari Nakba, jumlah penduduk Palestin sekitar 1.7 juta orang…










