Bubar SPAD: Transformasi pengangkutan awam perlu diteruskan - Utusan Malaysia

Bubar SPAD: Transformasi pengangkutan awam perlu diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Kementerian Pengangkutan perlu memastikan peranan yang pernah dimainkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam melaksanakan transformasi pengangkutan awam diteruskan walaupun suruhanjaya itu telah dibubarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, suruhanjaya itu memainkan peranan dalam merancang strategi bagi memperkasa pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat.

“Saya dengar kakitangan SPAD akan diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perkara ini bagus kerana nasib kakitangan terbela.

“Cuma SPAD ada peranannya yang tidak dimainkan oleh JPJ dan saya harap Kementerian Pengangkutan teruskan peranan yang pernah dimainkan oleh SPAD,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu lalu mengumumkan pembubaran SPAD dan tugas-tugas yang dijalankan suruhanjaya itu sebelum ini dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Selain SPAD, turut dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN