Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO - Utusan Malaysia

Bubar beberapa agensi ‘hukuman’ kepada rakyat – UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata, dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) misalnya ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” kata kenyataan itu.

Katanya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua petugas agensi terbabit tetapi pada waktu yang sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody’s akan membabitkan pampasan yang terlalu tinggi.

“Kita kesal kerana di saat pekerja di agensi-agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri, mereka ‘dihadiahkan’ dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN