KUALA LUMPUR 26 Mei – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diteruskan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan akan dibayar bulan depan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi akaun Twitter beliau memberitahu, pembayaran itu akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau bagaimanapun memberitahu, BR1M akan diganti dengan nama lain selepas ini.
“Seperti mana yang diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE











