Bomba periksa 95 bangunan dalam Program Keselamatan Kebakaran - Utusan Malaysia

Bomba periksa 95 bangunan dalam Program Keselamatan Kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak 95 premis dalam Program Keselamatan Kebakaran Bangunan di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, pasar raya adalah bangunan yang paling banyak diperiksa iaitu 40 buah selain hotel, hospital dan tempat-tempat tumpuan ramai.

Beliau berkata, aspek keselamatan perlu dilihat lebih khusus bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik kerana ia bakal menjadi lokasi tumpuan termasuk perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Nazili berkata demikian kepada  pemberita selepas Program Jalinan Mesra dan Berbuka Puasa Bersama Anggota Bertugas serta anak-anak yatim di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu di sini, malam tadi.

Mengenai keselamatan jalan raya terutamanya di kawasan pintu masuk utama ke negeri ini seperti Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN