BANGKOK 24 Mei – Sudahpun mengumumkan ini adalah penampilan terakhirnya dalam Piala Thomas, Datuk Lee Chong Wei mengakui, hatinya kini lebih tenang andai terpaksa mengundurkan diri daripada badminton dalam masa terdekat. Bekas jaguh No. 1 dunia itu percaya Malaysia sudah mempunyai calon pemain perseorangan yang mampu menggantikan tempatnya iaitu Lee Zii Jia, selain Leong Jun Hao. Chong Wei, yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Piala Thomas 2018 selepas menewaskan pemain…










