JOHOR BAHRU 10 Mei – Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan hati terbuka. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memastikan proses peralihan kuasa kepada kerajaan baharu berjalan lancar. “BN Johor sudah berkerja kuat dalam pelbagai aspek bagaimanapun rakyat dah buat keputusan atas pelbagai alasan. “Namun, suara demokarasi rakyat saya percaya harus dihormati dan kita akan beri komitmen untuk menghormati keputusan itu,” katanya…










