JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) menerima peralihan kuasa kepimpinan kerajaan negeri Johor kepada gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) awal pagi tadi.
Dalam keputusan PRU-14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, PKR menang sebanyak 36 kerusi, BN (19) manakala Pas (satu).
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin, sebagai bekas parti yang memerintah negeri itu, pihaknya akan memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada PKR.
“BN Johor menerima keputusan PRU-14 dengan hati yang terbuka, bagi kami telah bekerja sebaik mungkin.
“Namun suara demokrasi rakyat telah diputuskan memilih PKR dan kami harus beri komitmen untuk menghormatinya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di bangunan UMNO Johor yang turur dihadiri Setiausaha BN Johor, Datuk Jais Md. Sarday. – K! ONLINE










