BN harus belajar jadi pembangkang yang efektif - Nur Jazlan - Utusan Malaysia

BN harus belajar jadi pembangkang yang efektif – Nur Jazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan jentera di parlimen itu untuk belajar menjadi pembangkang yang efektif bagi membolehkan parti bangkit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat akan beralih kepada BN sekiranya Pakatan Harapan tidak melaksanakan tugas dengan baik memandangkan landskap politik di negara ini berubah menjadi sistem dua parti.

“Kita kena belajar kerana BN tak habis, BN tak mati. Sebabnya budaya politik di Malaysia hari ini sudah berubah menjadi politik kerajaan dua parti dan perkara ini bukan luar biasa sebaliknya berlaku di negara lain.

“Dalam konsep politik kerajaan dua parti ini, kerajaan yang memerintah hanya dapat bertahan satu atau dua penggal sahaja. Rakyat mungkin akan bertukar semula kepada BN disebabkan tidak puas hati dengan Pakatan Harapan. Jadi kita perlu teruskan perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Menghargai Jentera PRU-14 dan Berbuka Puasa BN Pulai 2018 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini sebentar tadi.

Mengenai keputusan PRU-14, Nur Jazlan mengakui BN Pulai masih tidak tahu silapnya hingga mereka tewas di kerusi parlimen tersebut serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling dan Kempas.

“Kalau kita sahaja yang kalah dan orang lain pula menang, kita boleh salahkan diri sendiri. Kalau satu negara kalah, itu bukan salah kita, itu tanda orang tak nak terima. Jadi, kita terima keputusan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRU-14 tidak akan melunturkan semangat jentera BN Pulai malah lebih bersedia untuk meneruskan perjuangan untuk kembali semula menjadi kerajaan pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN