KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan urusan lantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau berkata, pelantikan Perdana Menteri adalah prerogatif baginda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan memandangkan tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelmarin. “Oleh kerana tidak ada sebuah parti pun yang dapat majoriti mudah, maka baginda akan membuat keputusan siapa yang…










