BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 24 MEI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 24 MEI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG menyambut baik sebarang usaha untuk memperkasa dan meningkatkan lagi produktiviti industri asas tani di negara ini. Lakukanlah yang terbaik untuk memastikan sektor ini dapat membantu golongan petani, nelayan dan penternak meningkatkan pendapatan mereka. Begitu juga dengan rakyat sebagai pengguna dapat menikmati hasil sektor ini pada harga yang berpatutan.

Tidak dinafikan, sebelum ini, pelbagai program dilakukan oleh peneraju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini yang sedikit sebanyak membantu meningkatkan produktiviti industri. Bagaimanapun masih ada yang boleh diperbaiki.

Sektor pertanian juga perlu diperkasakan supaya negara tidak terlalu bergantung kepada import bekalan makanan. Negara perlu menyediakan makanan yang mencukupi seterusnya menjadi pembekal. Lihatlah keperluan ‘makanan’ yang patut diutamakan supaya tidak berlaku lambakan yang menjejaskan pendapatan pengusaha.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, penubuhan Majlis Perunding Pertanian Negara atau apa sahaja yang berkaitan diharap dapat memenuhi hasrat itu.

Awang juga setuju cadangan melantik pengerusi agensi di bawah kementerian itu dalam kalangan profesional. Adalah lebih bijak melantik mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Kepakaran mereka akan lebih membantu agensi berkaitan dan tidak bergantung kepada idea pegawai-pegawai sahaja. Kata orang hanya jauhari yang mengenal manikam.

AWANG – Menanti harumanis.

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN