KUALA LUMPUR 21 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, setiap kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pentadbiran negara perlu diadili mengikut lunas perundangan.
![]() |
|
Mahathir Mohamad
|
Perdana Menteri berkata, hanya melalui cara itu sistem pentadbiran negara dapat dibersihkan.
Saya bersyukur sehingga kini saya tidak hadapi masalah dengan kerjasama daripada pegawai-pegawai sedia ada. Tetapi harus ingat, salah masih salah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebarang perbuatan salah mesti diuruskan mengikut undang-undang negara. Hanya cara itu dapat kita bersihkan pentadbiran negara kita,” katanya dalam status di Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE












