JIKA sebelum ini, pelakon Alif Satar dan Siti Nordiana pernah mencipta populariti menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey. Penangan gandingan mereka berdua dikatakan cukup menjadi apabila drama itu mencatatkan rating tinggi dalam kalangan penonton. Buktinya, bukan setakat di peringkat drama sahaja, sebaliknya drama itu juga diangkat ke pentas teater di Istana Budaya dalam versi muzikal. Selepas kejayaan drama tersebut, sekali lagi pada tahun ini mereka muncul bersama menerusi sebuah karya…










