Bekas MB minta teruskan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam Johor - Utusan Malaysia

Bekas MB minta teruskan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap bantuan khas kewangan yang diumumkan kerajaan negeri  terdahulu kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri, dapat diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata ini kerana, keputusan itu dibuat sebelum  pilihan raya umum dengan tujuan untuk membantu kakitangan awam melakukan persiapan Hari Raya dan kerajaan negeri Johor mampu membiayainya. 

“Ia juga bagi membalas jasa kakitangan awam yang berkhidmat menyumbang kepada pembangunan Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Sebelum ini, kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional mengumumkan bantuan  bantuan sebanyak RM1,000 kepada 19,000 kakitangan awam negeri sempena Aidilfitri.

Pembayaran itu sepatutnya dibuat  pada Selasa ini (28 Mei). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN