ALOR SETAR – Seorang lelaki yang juga bekas banduan bagaikan tidak serik apabila sekali lagi ditahan atas kesalahan dadah di sebuah rumah di Taman Seri Tanjung dalam daerah Kuala Muda dekat sini hari ini. Dalam operasi kira-kira pukul 11 pagi ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut merampas sebanyak 11 peket lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin yang disimpan di dalam sebuah beg sandang berwarna hitam. Ketua AADK Daerah Kuala Muda,…










