Bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri cukup - Utusan Malaysia

Bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Mei- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, perancangan bagi menjamin bekalan makanan utama seperti daging, ayam; ikan; sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi telah dibuat sejak tiga bulan yang lalu.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif memastikan bekalan mencukupi melalui meningkatkan pengeluaran tempatan dan menambahkan kuota import bagi beberapa makanan terpilih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kementerian turut melaksanakan sekatan eksport ikan ke luar negara. Dianggarkan jumlah pengeluaran ikan pelbagai spesies untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ialah sebanyak 108,500 metrik tan.

“Jumlah pengeluaran daging lembu tempatan dan import pula sebanyak 49,733 metrik tan, ayam (351,046 metrik tan); telur ayam (2.8 juta biji) dan kobis bulat (15,000 metrik tan),” katanya dalam satu kenyataan sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini