KUALA LUMPUR 15 Mei – Dunia sukan negara kehilangan seorang tokoh yang cukup disegani apabila Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia petang tadi akibat daripada pelbagai komplikasi penyakit. Elyas, 82, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.15 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) dan perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham, Syahril A. Kadir. “Lama dah Allahyarham sakit dan pelbagai penyakit yang beliau hidapi. Sebelum ini pun Allahyarham kerap…









