Bank Islam sumbang juadah buka puasa - Utusan Malaysia

Bank Islam sumbang juadah buka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meraikan warga Kumpulan Utusan dengan menyumbangkan juadah berbuka puasa di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam, Wan Nor Khairi Wan Samad berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada warga media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat mengenai bank tersebut.

“Kerjasama ini turut bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara Bank Islam dan warga Kumpulan Utusan selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.

“Ini merupakan tahun kelapan Islam menganjurkan majlis berbuka puasa bersama petugas Kumpulan Utusan,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Ketua Wilayah Tengah Bank Islam, Bostamam Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Syariah Bank Islam, Saiful Anuar Hambali.

Kira-kira 400 bungkusan makanan mengandungi nasi beriani, epal, bubur kacang, aneka kuih dan air kotak diagihkan kepada warga Kumpulan Utusan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini