BANDAR ELLICOTT , Maryland – Penduduk dan pemilik perniagaan di Bandar Ellicott cuba meneruskan kehidupan mereka kelmarin selepas hujan lebat melanda bandar di tepi Sungai Patapsco, negeri Maryland itu buat kali kedua dalam tempoh dua tahun. Lebih 20 sentimeter (sm) atau 8 inci hujan turun di Bandar Ellicott Ahad lalu sekali gus mencetuskan banjir kilat. Tembok air setinggi bangunan dua tingkat melanda jalan utama, Main Street dan memusnahkan banyak kenderaan.…









