Azmin menghadap Sultan Selangor bincang kedudukan Menteri Besar - Utusan Malaysia

Azmin menghadap Sultan Selangor bincang kedudukan Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Istana Bukit Kayangan kira-kira pukul 11.50 pagi tadi untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamed Azmin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) difahamkan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan perkembangan terkini kedudukannya selepas tersenarai dalam kabinet Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pertemuan tersebut bertujuan bagi mendapat perkenan Sultan Sharafuddin berhubung kedudukan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 11 Mei lalu, Mohamed Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 selepas menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas, Khairil Nizam Khirudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN