REMBAU 20 Mei – Maahad Al Baidha li Takwin Al Ulama memaklumkan bahawa asrama pelajar yang musnah dalam kebakaran hari ini merupakan asrama penuntutnya yang menumpang sementara di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini. Maahad itu dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran menumpang sementara di premis STIAS dengan penggunaan asrama dan tempat belajar berasingan sementara menunggu bangunan mereka siap dibina. Menurutnya, kesemua 85 pelajar lelaki…










