AS kenakan tarif keluli, aluminium terhadap Kanada, Mexico dan EU - Utusan Malaysia

AS kenakan tarif keluli, aluminium terhadap Kanada, Mexico dan EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 31 Mei – Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan langkah untuk mengenakan tarif import ke atas aluminium dan keluli dari Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU).

SETIAUSAHA Perdagangan AS, Wilbur Ross. – AFP

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross berkata, tarif sebanyak 25 peratus ke atas keluli dan 10 peratus terhadap aluminium akan berkuatkuasa menjelang tengah malam ini waktu tempatan.

“Kami sedang menunggu rundingan diteruskan dengan Kanada, Mexico dan EU kerana ada beberapa isu yang perlu diselesaikan,” ujar Ross.

Sementara itu, EU berkata ia tidak mempunyai pilihan lain selain mempertahankan industrinya selepas AS bertindak mengenakan tarif berkenaan.

“Kami tidak mempunyai pilihan tetapi akan mempertahankan industri, pekerjaan dan kepentingan rakyat Eropah. Kami tidak akan menerima keputusan seumpama ini tanpa mengambil tindakan balas,” kata sekutu kepada Canselor Jerman, Angela Merkel iaitu Manfred Weber. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN