APMM tahan bot pukat tunda ceroboh zon tangkapan ikan - Utusan Malaysia

APMM tahan bot pukat tunda ceroboh zon tangkapan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Tindakan sebuah bot nelayan kelas C yang menceroboh zon tangkapan ikan dengan memukat di kawasan perairan kurang 15 batu nautika dari pantai mengundang padah apabila ditahan bot peronda Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bot jenis pukat tunda itu ditahan di kedudukan tujuh batu nautika barat laut Tanjung Dawai dekat sini oleh bot peronda APMM kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Ketua Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd. Noor berkata, pemeriksaan menemui seorang tekong bersama empat awak-awak warga 
Thailand di dalam bot nelayan tersebut.

“Bot itu ditahan atas kesalahan melanggar syarat lesen dengan memukat di luar zon penangkapan ikan ditetapkan.

“Mereka hanya dibenarkan menangkap ikan pada jarak kira-kira 15 batu nautika dari pantai seperti tertera di dalam lesen bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bot berkenaan yang membawa 5,000 kilogram ikan baja kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini